Google search

Aku Nak Jadi Blogger Terkenal

Tips Jadi Orang Terkenal Di Malaysia


Sekarang fenomena blogging dah meluas dan ramai orang dah cuba untuk jadi blogger.Kalau dulu kita tengok ada beberapa blog je yang wujud dan sekarang ni dah top tapi sekarang ni kalau kita bukak shoutbox,macam2 nama baru terkeluar (tu belom lagi spammer macam dapat wang kan).

Bila kita tengok kebanyakan dari blogger2 niat dia cuma satu yang utama iaitu Ads.Banyak yang berharap bila letak ads unit duit akan masuk dan boleh beli kereta Fairlady lah,boleh beli banglow lah atau mungkin buat hantaran kahwin.Maka terbentuklah satu blog yang mana ads unit bersepah2 kat sidebar dan header.

1. Nak Jadi orang terkenal?

Tak kisahlah cara mana anda pilih untuk jadi popular. Masuk AF8 ke, jadi ahli politik ke, tak pun anda buat isu-isu kontroversi macam AdukaTaruna dan Hani Tarmizi. Bila dah ada nama, baru orang kenal. Cubalah tengok blog AdukaTaruna lepas isu dia menghina Almarhum Sultan Iskandar, 60,000++ hits sehari. Mantap habis!

Ada pulak yang fikir dengan buat blog boleh jadi glamour.Boleh jadi terkenal dan naik nama macam Fasha Sandha or ada yang berangan nak jadi Justin Bieber.Nak bagi semua orang kenal dan mintak autograph.Konon2 nak berjalan atas red carpet (yang ni mungkin saya termasuk sekali.haha3).

So mulalah tulis blog then tulis entry.Bila ramai yang dah kenal diri terasa best dan mula menulis something tanpa fikir perasaan orang lain.Kalau awal2 ada blog tulis punyalah berhati2 bila tengok angka follower dah dekat2 nak riban terasa best then condemn orang lain.Hentam sana hentam sini (macam perli diri sendiri je).Ada tak kita fikirkan benda2 ni?

2.Nak Jadi seorang blogger?

Bila dah terkenal tu, kalau blog anda tak menarik pun peminat-peminat akan follow janji anda artis dan popular. Anda post 5 keping gambar dalam rumah je pun boleh dapat 100 komen tanpa buat blogwalking.

Tapi janganlah mentang-mentang anda tu artis, bila tulis blog ikut sedap je. Lagi satu kalau nak tulis blog, janganlah taip guna CAPS LOCK dari awal sampai habis 1 blog tu. Sakit mata memandang.Tapi sabar jelah mengenangkan mereka tu artis. Seboleh-bolehnya cuba contohi penulisan Tun Dr. Mahathir di blog beliau,kemas dan menarik.



Cara kedua

1. Jadi seorang blogger

Kita insan biasa yang bermula dari bawah. Siang malam tulis blog, siang malam buat blogwalking, ziarah-menziarahi rakan-rakan blogger. Mungkin hasil tulisan kita dapat pujian pembaca dan mungkin jugak anda jatuh terduduk bila baca komen-komen negatif tentang blog anda. Tapi kuatkan iltizam dalam diri, sentiasa berfikiran terbuka dengan segala halangan dan cabaran.

Ada harganya untuk blogger itu menjadi terkenal dan mendapat income yang besar. Bukan dengan sekelip mata sahaja kita boleh menjadi seorang bloggers yang glamour dan income besar ini. Menjadi pujaan atau role model para bloggers lain lagilah bertambah sukar. Kita sering fikirkan matlamat yang tinggi menggunung itu sahaja.. Namun begitu adakah kita pernah bertanya tentang jerit perih yang terpaksa mereka lalui untuk sampai ketahap mereka sekarang ini?

2. Jadi orang terkenal

Berkat kegigihan anda menulis blog, buat blogwalking, join forum-forum dan sebagainya, anda jadi terkenal. Blog anda jadi bualan orang. Unique visitor meningkat dari hari ke hari.Sebenarnya tujuan saya adalah nak ingatkan kat diri sendiri yang semua orang boleh jadi blogger.

Semua orang boleh buat blog sebab bukan susahpun ada email then register kat blogspot dalam masa 15 minit nah..."Aku Dah Jadi Blooger!!!"...Senangkan tapi lepas kita ada blog adakah kita terfikir apa yang kita akan tulis selepas blogspot approve blog itu dapat beri kesan pada orang lain ataupun setakat tulis then biarkan je.Maksud KESAN yang saya cakap tu ialah :

1) Adakah penulisan kita mampu buat readers sedih/terasa lepas baca
2) Adakah penulisan kita dapat memberikan kegembiraan pada readers
3) Adakah penulisan kita mampu buat readers berfikir
4) Adakah penulisan kita mampu bagi info kat readers

Kesan2 ni sebenarnya yang akan membuatkan seorang blogger itu diingati bukan setakat tulis then cakap kita adalah blogger.Bukan takat tulis entry then hentam orang dan nak tunjuk kita ni bagus kita dah boleh cakap kita blogger bagus.Saya bukan tujukan entri ni pada insan2 tertentu tapi saya just nak remind diri sendiri yang saya bukan blogger yang hebat

Jadi pilihlah sendiri jalan anda untuk jadi blogger terkenal.
Baca Lagi

Hanis Zalikha – Terkenal kerana Blogspot

Hanis Zalikha – Terkenal kerana Blogspot


Hanis Zalikha miliki ribuan pengikut setia. Taip www.inibelogsaya.blogspot.com, hayati bait demi bait dan ayat demi ayat yang dikarang. Selepas sekali bertandang tanpa jemputan, pasti anda akan ketagih untuk berkunjung lagi ke laman sesawang peribadi milik model sambilan, pelakon dan pelajar, Hanis Zalikha Zainal.

Bukan sekadar mengisi masa lapang membaca kisah hidupnya, tetapi melalui blognya juga, pengunjung berpeluang mendapat manfaat melalui panduan dan juga berita terkini mengenai peraduan menerusi online dengan tawaran hadiah lumayan.

Baru-baru ini, blog gadis jelita berusia 19 tahun itu dicalonkan untuk kategori Best Celebrity Blog di Nuffnang Asia Pasific Blog Award yang berlangsung di Singapura.

Tidak pernah terduga mampu berada di dalam senarai ‘Top 5’, beliau sendiri tidak pernah meletakkan dirinya sebagai orang yang layak meraih gelaran itu disebabkan tidak bergiat aktif di dalam bidang peragaan atau lakonan.

Namun, Hanis yang pernah membintangi filem Momok the Movie bersama juara Raja Lawak, Nabil, Faizal AF dan Mama Rina akur dengan kenyataan daripada penganjur yang meletakkan syarat kelayakan bertanding jika ada deretan peminat setia yang mengikuti setiap post terbaru berkaitan kerjaya atau kisah peribadinya.

“Malam gala diadakan pada 23 Oktober lalu, selang lima hari sebelum peperiksaan akhir, tetapi saya beruntung kerana keluarga tidak pernah membantah atau meletakkan syarat jika ingin menghadiri sebarang acara.

“Pada mereka, saya sudah cukup matang untuk memikirkan baik dan buruk dalam setiap perkara. Lagipun saya sudah memperuntukkan waktu tertentu untuk fokus kepada pelajaran sebelum memikirkan aktiviti sampingan seperti bidang peragaan, lakonan atau aktif berblog,” kata pelajar tahun dua jurusan Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat itu.

Bertuah menjadi Hanis Zalikha kerana bukan hanya cantik, malah santun gadis Melayu masih terserlah di dalam dirinya. Tidak hanya itu, Hanis juga adalah pelajar bijak tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Baru-baru ini, Hanis turut membanggakan keluarga apabila memperoleh keputusan cemerlang dengan nilai CGPA 3.94 pada peperiksaan akhirnya.

Melalui entri berjudul Tips Belajar Bersama Hamis, beliau turut berkongsi beberapa petua yang diamalkan untuk cemerlang di dalam pelajaran. Antaranya, Hanis sendiri mengamalkan diet ikan seminggu sebelum peperiksaan berdasarkan fakta diperolehnya menerusi iklan memberitahu, pengambilan ikan akan memberi Omega kepada otak.

“Bagaimanapun, saya percaya pada doa sendiri, ibu dan ayah, doa guru juga rakan. Jangan lalai untuk selalu doakan kejayaan orang sebab bila kita doa untuk orang, kita mendoakan untuk diri kita sendiri,” katanya.

Sehingga artikel ini ditulis, blog milik Hanis mempunyai seramai 6,204 peminat dan 3,780 pengikut yang sentiasa tertunggu-tunggu entri terbaru daripadanya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan wajah jelita dimilikinya menjadi penyumbang kepada pertambahan bilangan pengunjung ke blog ini, manakala konsep blog yang lebih terarah kepada gaya hidup membuatkan pengunjung tertarik untuk menjadi pengikut setia.

Kata Hanis, beliau mula membina laman blog sendiri sejak dua tahun dulu kerana minatnya dalam bidang penulisan.

“Ketika di bangku sekolah pun saya sudah punyai blog sendiri, tapi ia tidak dipamerkan kepada umum kerana blog itu saya bina hanya sebagai medium untuk meluahkan perasaan yang bergolak dalam jiwa seorang remaja,” katanya sambil tersenyum manis.

Kali ini, Hanis cuba menzahirkan budaya baru di kalangan penduduk negara ini iaitu blogging sebagai satu kaedah meluahkan rasa hati dan juga agenda terbesarnya, meningkatkan jati diri.

“Bila dapat e-mel daripada pengunjung yang berpendapat cerita atau panduan dikongsi melalui blog boleh dijadikan sumber inspirasi kepada mereka, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan untuk saya terus berusaha menjadi lebih baik,” katanya.

Selain itu, Hanis juga tidak lokek berkongsi ilmu yang diperolehnya sepanjang berkecimpung di dalam bidang peragaan misalnya ketika disolek jurusolek berpengalaman.

“Sambil disolek, saya akan tanya cara solekan yang betul atau petua tertentu diamalkan mereka. Seronok sebab masing-masing ada pengalaman dan kaedah solekan tersendiri dan bagi mereka yang berani mencuba, saya kongsi semuanya di blog,” kata Hanis yang memperuntukkan tiga atau dua jam sehari untuk menulis di blog.

Melalui agensi perhubungan awam yang menguruskan kerjayanya, Hanis turut berpeluang menerima jemputan untuk membuat liputan acara berkaitan fesyen, pelancaran produk kecantikan dan peraduan ditawarkan dalam talian.

“Secara tidak langsung, saya berpeluang mendapat ramai kawan selain merasai keseronokan mencuba produk kecantikan sebelum dikongsi bersama rakan di blog.

Memang seronok kerana bidang kecantikan antara cabang minat yang saya suka,” katanya sambil melabel diri sebagai ‘tikus putih’.

Bercita-cita untuk bergelar ahli perniagaan berjaya, Hanis mengakui minatnya sedikit sebanyak dipengaruhi bapanya, Zainal Rashid, 58, yang memiliki syarikat perunding perniagaan sendiri.

Katanya aktiviti blogging juga jika dimanfaatkan dengan betul dapat membantu menambah ‘wang saku’ terutama melalui iklan Nuffnang dan juga pendapatan hasil ulasan produk.

Hanis Zalikha – Terkenal kerana Blogspot



“Pendidikan saya dibiayai oleh wang pendapatan daripada blog dan saya gembira walaupun baru dua tahun aktif blogging, ‘inibelogsaya’ mampu menjana pendapatan daripada iklan sekitar RM3,000 sebulan,” katanya sambil memberitahu pengunjung blog boleh mengikuti perkembangan terkini dirinya menerusi Twitter (www.twitter.com/haniszalikha).

Sekeluarga ada blog:
Hanis Zalikha – Terkenal kerana Blogspot

Ibu Hanis, Nani turut memiliki blog yang digunakan untuk biskut dan kek.Selain Hanis, ibu dan adik beradiknya juga masing-masing memiliki blog sendiri. Kata Hanis, ada juga lelaki yang mengambil peluang mendekati ahli keluarganya melalui blog termasuk memikat hati ibunya sebelum ‘masuk jarum’ untuk bertanyakan kisah peribadi Hanis.
Ini diakui ibunya, Nani Rostam, 43, suri rumah yang mengendalikan laman sesawang peribadi untuk memasarkan kek dan biskut tart nenas sesuai untuk dibuat hantaran pertunangan atau perkahwinan.
“Walaupun bergelar suri rumah, kesuntukan masa menghalang saya untuk bebas melayari Internet setiap hari,” katanya yang biasanya memperuntukkan waktu senggang pada tengah malam untuk menghantar entri baru.
Menggunakan tajuk blog Model 80-an, kebiasaannya Nani akan memasukkan entri berupa puisi atau sajak berkisarkan mengenai kehidupan yang dikarangnya secara spontan.
“Seronok juga melihat ada pengunjung yang mengambil berat bertanyakan keadaan apabila ada puisi yang dihantar seperti menggambarkan kesedihan hati sedangkan ia tiada kaitan dengan diri,” katanya tersenyum.
Sesuai dengan genre blog, Nani menyimpan impian untuk berkongsi resipi masakan seperti yang pernah dilakukan dulu, tetapi kesibukan menjadi penghalang selain sering terlupa mengambil gambar masakan kerana anak-anak terlebih dulu menyerbu untuk menikmati hasil air tangannya.
Tambah wanita kelahiran Pontian, Johor itu lagi, walaupun blog sering dianggap perantara yang sering menjadi pilihan anak muda mengekspresi diri, baginya aktiviti blog mempunyai kelebihan tersendiri terutama sebagai medium pengiklanan.
“Di sini saya iklankan mengenai jualan kek dan biskut tart nenas dihasilkan sendiri, juga perkhidmatan solekan pengantin dan iklan sampingan sebagai usaha menambah pendapatan keluarga,” katanya.
Sementara tiga adik Hanis, Ahmad Imran, 12, Hafiizhullah Ariif, 11, dan Nur Sarah Alisya, 9, mengendalikan satu blog yang dikongsi bersama iaitu Monster Jambu, tempat mereka berkongsi aktiviti harian bersama keluarga dan juga rakan.
Kata Ahmad Imran atau lebih mesra disapa Im, masing-masing diperuntukkan waktu untuk menghantar entri mengikut giliran dan syarat ditetapkan oleh kakaknya itu harus dipatuhi.
“Kak Hanis memberi cadangan supaya kami berkongsi hanya satu blog dan kami akur kerana kadang-kadang kami kehausan bahan. Jadi jika tiga orang yang uruskan, sekurang-kurangnya setiap orang mempunyai masa untuk memikirkan apa isi seterusnya,” katanya yang memperoleh keputusan cemerlang 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini.
Menurut Hafiz, memiliki blog memang menyeronokkan dan beliau sendiri tidak menyangka ramai rakan sebaya mereka turut membina blog.
“Tapi paling seronok apabila ada juga guru di sekolah yang menegur mengikuti blog saya dan lebih seronok, mereka memuji Kak Hanis dan mama cantik,” katanya ringkas.
Alisya pula menjadikan Hanis sebagai sumber inspirasi dan dia mengimpikan untuk menjadi blogger terkenal seperti kakaknya, malah mampu memperoleh pendapatan menerusi blog.
“Selain blog, kami semua juga ada Facebook, tapi jenuh juga hendak yakinkan Kak Hanis yang ‘budak kecil’ seperti kami juga layak memiliki akaun Facebook,” katanya.
Kata Hanis, selain tiga adiknya itu, kakak sulungnya, Liana Ezzana turut membina laman sesawang peribadi sendiri menyemai konsep diari kehidupan. Bagaimanapun, Liana Ezzana yang juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan tidak aktif sepertinya kerana sibuk bekerja.
Profil
Hanis Zalikha Zainal
Profesyen: Model dan pelakon sambilan, pelajar
Usia: 19 tahun
Tempat lahir: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ketinggian: 168 sentimeter
Berat: 50 kilogram
Adik-beradik: Anak kedua daripada enam beradik.
Info
Panduan menjadi penulis blog berjaya oleh Hanis Zalikha
# Alamat blog senang diingat dan difahami, tetapi unik.
# Tajuk blog mestilah hebat.
# Tajuk entri menarik.
# Isi entri setimpal dan bagus.
# Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar.
# Kosa kata yang luas atau dalam kata lain search engine (SEO).
# Letakkan gambar yang menarik.
# Pelbagaikan topik dibincangkan di blog.
# Tema yang menarik , ‘Simple but nice, cliche but true’.

- BERITA HARIAN
Baca Lagi

Degil Campur Keras Kepala


Pada saya kan, sepuluh kali lagi senang senang nak memberi tunjuk ajar atau nak bagi orang tak pandai ni faham tentang sesuatu, orang tak pandai adalah bahasa manis nya, bahasa kasarnya adalah bodo, semestinya dia orang akan cuba sedaya upaya untuk memahami dan membuat sesuatu perkara tu sehabis baik. Bila dia orang tak tahu, dia orang akan bertanya, takpe, tanya lah beribu kali pun, saya tak kisah, yang penting dia nak jugak cuba buat sesuatu tu sehingga berjaya.

satu masa dulu........

Degil Campur Keras Kepala1.saya budak jahat

2.saya budak degil

3.saya budak nakal

4.saya keras kepala

5.saya tak dengar cakap




Untuk orang keras kepala atau pun degil ni, spesis ni memang dah tak dapat nak ditolong. Orang degil memang selalu rasa tindakan dia semua nya betul, apa pendapat dan orang lain bagi pandangan semua nya tak boleh di guna pakai, sebab dia rasa tindakan dia sememangnya betul. Bagi lah pendapat terbaik atau korang rasa tindakan dia memang tak logik langsung, tapi mana dia ada ambil peduli sebab dalam dia punya kepala, batu besar ada duduk dalam !

Manusia mana sekali pun, bila diangkat menjadi ketua pasti mahu diangkat dengan kehormatan dan sifat-sifat positif yang seharusnya layak menjadi pemimpin. Tak perlu la nak lantik aku kerana sifat-sifat negatif aku. Alasan kau tu buat aku rasa nak memberontak je. Aku degil dan keras hati. Nanti aku tak mampu nak laksanakan tugas aku sebab rasa sehina tu !!

Aku tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Kalu rasa diri tu dah bagus, lantik diri sendiri jadi ketua !!

Mak aku cakap aku degil. Susah nak degil, tapi sekali datang boleh jadi kejam juga. Aku cuma manusia biasa.
Baca Lagi
 
Template designed using TrixTGTemplate Cinemateca, Criado Por: Katatempla.